Buat Duit Dengan Shopee

Cara Jual Barang di Shopee Cara Jual Barang di Shopee Langkau ke kandungan utama

Cara Jual Barang Dropship di Shopee

Cara jual barang dropship di Shopee

Shopee semakin popular sekarang ini dengan peningkatan mendadak pengguna dan penjual. Ia mungkin dibantu oleh pemasaran Shopee yang beterusan dan berkesan. Menjual di Shopee juga sangat mudah malah anda boleh menjual tanpa modal dan tanpa menyimpan stok dengan program dropship.

Banyak syarikat yang menawarkan khidmat dropship ni, ada yang hanya memerlukan kita berurusan di website mereka dan in sangat memudahkan. Biasanya syarikat tersebut akan memberikan password untuk penjual dropship melihat harga yang ditawarkan untuk penjual. Anda boleh menjual semula kepada pelanggan dengan mendapat untung dari perbezaan harga yang ditawarkan.

Walaubagaimanapun, sistem dropship ini berbeza sedikit di Shopee, bagi penjual dropship yang menjual di media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain. Kebiasaannya penjual akan menggunakan duit pelanggan untuk membeli stok dan simpan perbezaan harga sebagai untung. Di Shopee pula, penjual kena keluarkan sedikit …

Cara Jual Barang di Shopee

Cara Jual Barang di Shopee

Cukup mudah untuk menjual barang di Shopee, terdapat dua cara menjual di Shopee iaitu menggunakan handphone dan komputer.

Sekiranya anda berminat untuk menjual di Shopee menggunakan handphone, anda boleh mendownload Shopee Apps daripada Google Play untuk yang menggunakan handphone bersistem Andriod seperti Samsung, Oppo, Asus, Huawei atau lain2. Manakala untuk yang menggunakan handphone jenama Apple Iphone, anda boleh download Shopee Apps daripada Apps Store.

cara-jual-barang-di-shopee


Selepas anda berjaya mendownload Shopee Apps tersebut, anda boleh memulakan pendaftaran ringkas, isikan nama, no telefon, email. Setelah anda melengkapkan pendaftaran, Shopee akan menghantar kod pengesahan untuk handphone anda. 

Setelah selesai proses pendaftaran, anda sudah boleh mula menjual. Kita lihat terdapat sedikit perbezaan untuk handphone andriod dan iPhone. Tapi tidak banyak berbeza, anda boleh explore sendiri apps ini bagi menambah kemahiran anda.



Berikut adalah ringkasan cara menjual di Shopee;

1. Klik pada butang Sell untuk iPhone atau Tanda Tambah untuk Andriod

2. Pilih gambar atau ambil gambar baru untuk barang yang dijual

3. Edit gambar menggunakan tools yang disediakan Shopee

4. Masukkan butir-butir yang diperlukan seperti nama barang, keterangan, kategori, jenis, harga dan jumlah stock yang available, kos penghantaran dan berapa lama masa yang diambil untuk pos barang yang dibeli oleh pelanggan.

5. Klik Submit

6. Selesai, semak kembali listing anda sekiranya ada kesilapan.


cara-menjual-shopee





Boleh refer gambar di atas untuk gambaran yang lebih jelas. Selain daripada menjual melalui handphone, kita boleh juga menjual di Shopee menggunakan PC. 

Kami akan terangkan pada masa akan datang.

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan panduan lengkap bagaimana cara yang betul menjual di Shopee dan menjana keuntungan lumayan boleh miliki ebook ini, klik di sini ---> 
BisnesShopee.com

atau klik banner di bawah :)

cara jual di shopee


Copyright 2018 Buat Duit Shopee